Daun terup
Daun terup

Daun terup

Daun terup ialah kepingan kertas keras, kad atau plastik yang nipis, dihiasi motif yang berbeza-beza dan digunakan dalam set permainan daun terup (atau permainan kad). Daun terup biasanya sebesar tapak tangan agar senang dipegang.Satu set daun terup yang lengkap dipanggil dek (deck) atau pek (pack), manakala set daun terup yang dipegang oleh seseorang pemain ketika bermain dipanggil segenggam (hand). Satu dek daun terup boleh digunakan untuk pelbagai permainan daun terup, termasuk sekali perjudian. Disebabkan daun terup ada standardnya dan juga mudah didapati di mana-mana, maka ada juga kegunaan lain seperti silap mata, penilikan, penyulitan, permainan berpapan, atau membina binaan daun terup.Muka hadapan setiap daun terup ini membawa tanda-tanda atau rajah-rajah yang membezakan setiap kad dari yang lain dalam dek serta menentukan kegunaannya mengikut peraturan permainan yang dilangsungkan. Muka belakang kad pula sama bagi semua kad dalam mana-mana satu dek, biasanya berupa warna tunggal, reka bentuk yang tertentu ataupun iklan jenama. Selalunya, daun terup disusun menjadi dek, dan dikocok untuk mengubah urutannya secara rawak.